Logo SABAH GAMES (SAGA)
LOGO "SAGA" 2003 HINGGA KINI
Sejarah SUKAN SABAH
SUKAN SABAH atau SABAH GAMES (SAGA) adalah acara sukan berprestij anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Penganjuran SAGA ini telah dipersetujui oleh Kerajaan dalam mesyuarat Kabinet Negeri pada 5 Mac 2003. Kejohanan SAGA diadakan dwi - tahunan iaitu berselang - seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA). SAGA diperkenalkan kali pertamanya pada tahun 2003 di Kota Kinabalu manakala SAGA II dilangsungkan pada tahun 2005 di tempat yang sama.
Penganjuran SAGA I, II, III dan IV melibatkan penyertaan enam (6) zon di Negeri Sabah iaitu Pantai Barat Selatan, Sandakan, Tawau, Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, dan Pedalaman Bawah.
SAGA IV, Sandakan 2009, SAGA V, Keningau 2011, SAGA VI, Kota Kinabalu 2013 penyertaan 25 daerah di Sabah.
SAGA VII, Tawau 2015, pertambahan 1 daerah Telupid menjadikan penyertaan 26 daerah dan 3 Negeri/Negara jemputan iaitu Sarawak, Brunei dan Tarakan, Indonesia.
SAGA VIII, Sandakan 2017 masih mengekalkan penyertaan 26 Daerah di Sabah dan SAGA IX, Keningau 2019 pertambahan 1 daerah Kalabakan menjadikan penyertaan 26 daerah di Sabah.
SAGA X, Kota Kinabalu 2023 pertambahan 1 daerah Membakut menjadikan penyertaan 28 Daerah di Sabah.
SAGA XI, Tawau 2025 Pertambahan 2 Daerah iaitu, Sook dan Paitan menjadikan 30 Daerah di Sabah.
SUKAN SABAH (SAGA) merupakan salah satu platform untuk memilih atlet yang cemerlang bagi membawa cabaran Negeri Sabah Khasnya dan Negara Malaysia Amnya ke Kejohanan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Hanya atlet Warnagenara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah sahaja yang layak menyertai Sukan Sabah kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk sebagai peserta/pasukan jemputan.
TEMASYA | TAHUN | TUAN RUMAH | DAERAH | JUARA SAGA | PINGAT | JUMLAH SUKAN | ACARA | PENYERTAAN |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SAGA I | 2003 | KOTA KINABALU | 6 ZON | ZON PBS | 75 EMAS | 12 SUKAN | 161 | - |
SAGA II | 2005 | KOTA KINABALU | 6 ZON | ZON PBS | 38 EMAS | 9 SUKAN | 100 | - |
SAGA III | 2007 | TAWAU | 6 ZON | ZON PBS | 34 EMAS | 9 SUKAN | 86 | - |
SAGA IV | 2009 | SANDAKAN | 25 DAERAH | KOTA KINABALU | 34 EMAS | 18 SUKAN | 162 | - |
SAGA V | 2011 | KENINGAU | 25 DAERAH | KOTA KINABALU | 50 EMAS | 21 SUKAN | 220 | - |
SAGA VI | 2013 | KOTA KINABALU | 25 DAERAH | KOTA KINABALU | 60 EMAS | 20 SUKAN | 211 | - |
SAGA VII | 2015 | TAWAU | 26 DAERAH + 3 JEMPUTAN | KOTA KINABALU | 31 EMAS | 21 SUKAN | 165 | 4,314 ORANG |
SAGA VIII | 2017 | SANDAKAN | 26 DAERAH | KENINGAU | 31 EMAS | 20 SUKAN | 189 | 4,991 ORANG |
SAGA IX | 2019 | KENINGAU | 27 DAERAH | KOTA KINABALU | 30 EMAS | 21 SUKAN | 163 | 5,460 ORANG |
SAGA X | 2023 | KOTA KINABALU | 28 DAERAH | KOTA KINABALU | 32 EMAS | 22 SUKAN | 182 | 6,358 ORANG |
SAGA XI | 2025 | TAWAU | 30 DAERAH | - | - | 27 SUKAN | - |
Objektif Sukan Sabah
-
Mencungkil dan mengetengahkan lebih ramai lagi atlet berpotensi daripada semua zon untuk mewakili Negeri Sabah dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung pada tahun berikutnya.
-
Memberi tumpuan kepada aspek Pembangunan Atlet Remaja di Negeri Sabah selaras dengan Obketif program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan kelolaan Majlis Sukan Negeri Negara Malaysia.
-
Mempertingkatkan keupayaan dan mutu penganjuran sukan di peringkat daerah.
-
menggalakkan penyertaan dalam aspek kepegawaian sukan yakni sebagai Pentadbir, Pegawai Teknikal, Jurulatih dan sebagainya.
-
Menggalakkan pembinaan kemudahan sukan atau membaikpulih kemudahan sukan yang ada di peringkat akar umbi.
-
Mempromosikan dan meningkatkan penyertaan golongan remaja dalam sukan yang kurang popular.
-
Menggalakkan penubuhan persatuan/kelab sukan diperingkat daerah.